WELCOME

"kegagalan merupakan satu kejayaan yang tertunda" - esok pasti lebih baik bagi mereka yang sentiasa sanggup untuk berusaha dan maju ke hadapan.

Tuesday 29 March 2011

TEKUN TUNAS UNTUK USAHAWAN BARU!!!

SKIM "TEKUN TUNAS" 

Sering kali kita mendengar bahawa perniagaan merupakan satu bidang yang mencabar namun menjanjikan suatu kejayaan bagi mereka yang sanggup berusaha tanpa jemu. Namun, sering kali juga kita mendengar antara cabaran utama dalam bidang perniagaan adalah kekurangan modal untuk memulakannya....justeru, ramai yang mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari bidang yang penuh cabaran namun menjanjikan kejayaan bagi mereka yang tidak kenal erti putus asa ini. Dalam perkongsian kali ini saya ingin berkongsi tentang satu skim pinjaman mudah oleh kerajaan iaitu skim TEKUN TUNAS yang ditawarkan oleh TEKUN NASIONAL untuk saudara/i yang ingin memulakan perniagaan namun berdepan dengan dilema kekurangan modal.


TEKUN TUNAS

Pembiayaan untuk modal permulaan ini khusus kepada individu dan bakal usahawan yang berminat dan komited untuk menceburi bidang perniagaan.
Jenis-jenis perniagaan yang boleh diceburi dengan pembiayaan Tekun Tunas ini adalah gerai tetap, gerai bergerak, kedai tetap, perniagaan perkhidmatan, pengangkutan dan pembuatan.

Syarat Kelayakan Asas
  1. Bumiputera berumur 18-60 tahun
  2. Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah
  3. Mempunyai premis perniagaan/ lokasi/ cadangan lokasi dengan dokumen sokongan
  4. Tidak mempunyai rekod pembiayaan perniagaan yang tidak baik
  5. Terlibat secara langsung dan sepenuh masa
  6. Mengemukakan rancangan perniagaan
  7. Satu pembiayaan untuk satu isi rumah
  8. 10% modal keseluruhan disediakan oleh usahawan
  9. Mempunyai pengetahuan/ pengalaman/ kemahiran asas mengenai perniagaan yang akan dijalankan
Pembiayaan yang ditawarkan adalah di antara RM500.00 hingga RM30,000.00.


CABARAN/MASALAH YANG SERING DIHADAPI OLEH PEMINJAM.
  1. kesukaran untuk melengkapkan borang permohonan.
  2. kesukaran untuk menyediakan rancangan perniagaan / business plan.

JAWAPAN KEPADA PERSOALAN YANG DIHADAPI.

Syarikat kami Sumur Hijau Consultancy SHC yang berpejabat di Penampang, Sabah sedia membantu anda untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kami menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

  • perkhidmatan menyediakan pelan perniagaan (menepati standard TEKUN NASIONAL)
  • bimbingan dan servis melengkapkan borang pinjaman TEKUN NASIONAL

  • perkhidmatan yang terbaik kami janjikan untuk anda!!!  
  • bayaran yang berpatutan-boleh runding!

sila hubungi,
Mr Mac,
017-869 1730
sumurhijau@yahoo.com


No comments:

Post a Comment